BAGAIMANA INGIN BERHENTI BERCINTA
CINTA suatu anugerah yang tidak terhingga dan patutnya dipelihara.Setiap INSAN yang ingin menumpukan PERHATIAN kepada KERJAYA dan CITA-CITA perlu pandai mengorak langkah untuk mengelak daripada JATUH CINTA.Setiap iNSAN punyai cara masing-masing untuk tidak mudah dibuai dengan keindahan dalam PERCINTAAN yang mungkin satu hari nanti akan menjadi satu sebab kejatuhan MORAL seseorang INSAN itu.Disini ada A.K ingin kongsikan beberapa TIPS bersama ANDA.
Labelkan mereka sebagai kawan
Mempunyai kawan yang tidak ramai itu NORMAL.Justeru, pastikan anda menjaga batas pergaulan dan tidak memaksa diri anda dalam suatu jalunan persahabatan.Ini kerana hubungan yang terlalu erat tanpa batas boleh menyebabkan anda MUDAH untuk JATUH CINTA tanpa anda sedari.
Sebab sering JATUH CINTA
Apakah PERKATAAN atau PERKARA yang membuatkan anda kerap JATUH HATI? Apabila anda dapat tahu, sediakan ' PELAN B ' untuk mengelakkan perasaan cinta terus menguasai diri.Adakah anda memerlukan rakan dalam dalam HIDUP? Mungkin anda JATUH HATI padanya kerana ingin mendapatkan TEMAN HIDUP.Tapi fikikan objektif utama iaitu MENGEJAR cita-cita lagi PENTING daripada babitkan fikiran dengan CINTA.
Elakkan melepak berdua-duaan
Jika anda INGIN mengelakkan perasaan yang membabitkan PERCINTAAN, janganlah pula anda KELUAR berdua dengan si dia yang BERPOTENSI menjadi KEKASIH hati anda.Jika selalu KELUAR berdua, lama kelamaan akan timbul perasaan cinta yang anda sendiri pasti sukar untuk menghilangkannya atau melupakannya.
Jauhkan diri
Walaupun SEKADAR kawan, ELAKKAN daripada berjumpa dengan kerap.Hadkan juga WAKTU anda berkomunikasi dengan SI DIA.Ini kerana apabila anda KERAP berbual, mungkin si dia akan SELESA dengan anda dan INGIN mengenali anda secara lebih dekat.Jika SITUASI memaksa anda untuk berbual PANJANG dengan si dia, cuba BERLAGAK profesional dan tidak menunjukkan rasa SUKA kepada si dia.
Hindarkan daripada fikiran
Ini mungkin kedengaran PELIK, tapi apabila si dia sudah KERAP kali muncul dalam MIMPI, pasti terbukti anda SUDAHPUN jatuh cinta.Cuba lakukan sesuatu AKTIVITI yang boleh mengelakkan dari anda berfikir mengenai si dia.CONTOHNYA lakukan sesuatu HOBI yang menyebabkan diri anda sentiasa sibuk.
Penutup
Alhamdulillah syukur kerana dapat juga saya berjaya menyelesaikan tugasan saya untuk hari ini bagi berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua.Mungkin isi kandungan untuk hari ini boleh diguna pakai oleh mereka-mereka yang tengah buntu mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang mereka hadapi masa kini.Okeylah sampai di sini dulu celoteh saya buat kali ini.Selamat berjumpa lagi.
Wassalam

No comments:
Post a Comment
Terima kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen